Thursday, December 16, 2010

Buku Pilihan Ku : Armagedon 2012 - Bencana Akhir Zaman by Muhammad Alexander

Assalamualaikum w.b.t..

Baru2 ni aku ada p sebuah kedai buku kat 1B.. tertarik sangat dengan 1 buku ni.. covernya pun sangat2 menarik perhatian ku.. confirm kalau ada duit extra time tu akan beli buku tersebut.. tapi malangnya tiada.. nak tunggu ada duit i dont think that book still have.. buku tu sangat laris.. time aku p sana tinggal sikit jak lagi.. wish me dapat beli buku tu ya.. hehehehehe...

Title of the book is Armagedon 2012 - Bencana Akhir Zaman tulisan Muhammad Alexander. Penulis adalah salah seorang pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).



Armagedon pada umumnya merujuk kepada akhir zaman atau bencana apokaliptik besar dan dahsyat dalam berbagai agama dan budaya. Kata ini juga dapat merujuk kepada kekalahan besar dalam peperangan sehingga banyak orang yang meninggal atau penggunaan senjata pemusnah massal.

Buku Armagedon 2012 mengisahkan tentang pendapat dan kajian mengenai tahun 2012 serta merungkai kisah disebalik pembikinan filem 2012. Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.


Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.



Hope aku dapat jugak la beli satu buku ni as my collection.. mengharap sangat2.. =p

Peace no war..
Wasalam..


No comments:

Post a Comment

Ini Cinta Aku!!

Daisypath Anniversary tickers