Monday, November 29, 2010

Ku ingin lihat senyuman Kebahagiaan daripadamu..Mak..


Assalamualaikum..

Feel sad bila tiba masanya nak tinggalkan rumah.. ya la.. Rumah Ku..Syurga Ku.. Teringat kat my Beloved Mom.. Sebak pula.. I LOVE MY MOM A LOT.. She is my inspiration.. Walaupun ini bukan kali pertama berjauhan.. namun.. keperitan perpisahan tetap terasa.. sayangkan mak katakan..

Kali ni.. my MOM telah bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan ku untuk kembali menyambung study.. My Mom menyediakan pelbagai jenis bekalan makanan untuk ku jamu ketika sampai di rumah sewa nanti [ almaklum x dpt asrma..kecewa jgak la :'( ].. Luruh hati ini melihat kesungguhan si Ibu menyediakan keperluan anak gadisnya walaupun aku kini berumur 20 tahun.. Ini adalah semester terakhir ku di Politeknik.. Aku berharap agar dapat menggenggam Diploma yang ku kejar selama 3 tahun ini.. Aku x ingin punahkan harapan mak yang ingin melihat aku berjaya.. Aku ingin menghapus air mata yang sering dikeluarkan mak setiap kali hidupnya diuji sebagai seorang perempuan, isteri, mak kepada 5 orang anak dan nenek kepada 2 orang cucu.. Rentetan hidupnya penuh luka demi memperjuangkan nasib anak-anaknya.. Demi memberi pendidikan kepada kami berlima.. kerana mak percaya.. hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib keluarga..

Air mata mula mengalir laju di sungai mata.. mak.. maafkan Mie.. result Mie teruk last semester.. Mie x belajar bersungguh-sungguh.. Mie x dgar cakap mak.. Mie rasa hidup Mie enjoy sangat time tu.. Mie menyesal mak.. result Mie teruk sangat.. Mie nak sangat mak bangga time Mie konvo nanti.. anak mak dapat medal daripada Pengarah Politeknik.. tapi Mie rasa hanya tinggal harapan.. sebab result Mie yang teruk betul menyebabkan CGPA Mie juga down.. Mie harap sangat last semester ni Mie dapat buat yang terbaik.. medal tu hanya tinggal harapan yang tidak mungkin Mie gapai mak.. maafkan Mie.. mak..

Air mata dikesat lagi.. mak selalu memberi nasihat kepada ku.. tapi nasihat tu akan ku ingat apabila aku rindu mak.. kalau x rindu.. x ingat la.. senangkan.. Mie.. Mie.. apa nak jadi ni dengan aku.. harapan mak setinggi Gunung Kinabalu.. tapi ku pandang setinggi bukit belakang rumah ku je.. yang x lama lagi hanya tinggal tapak warisan  Bukit Kukusan akibat aktiviti manusia yang semakin rakus dan tamak mengejar kekayaan.. [ kembali kepada topik asal.. ] 

Sebaiknya ku perkenalkan insan yang ku gelar "mak".. namanya indah iaitu Rosnani Binti Laning.. to my mom.. jangan menangis lagi.. Mie sayang mak.. doakan anak mak ni berjaya.. mak nak tengok Mie konvokan.. tapi sebelum mak tengok Mie konvo.. Mie nak mak stop from crying.. Mie penat tengok mak menangis.. Mie nak mak bangga dengan Mie.. Mie nak lihat sangat senyuman kebahagiaan daripada mak.. Mie janji akan sentiasa ingat pesan dan nasihat yang x lekang mak berikan.. Mie xnak jadi anak derhaka.. syurga Mie ada ditelapak kaki mak.. mak tetap mak yang terhebat didunia.. semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada mak.. Amin..

ini mak aku.. cantikkan.. mestilah.. =p

I LOVE U FOREVER MAK..

No comments:

Post a Comment

Ini Cinta Aku!!

Daisypath Anniversary tickers