Assalamualaikum..
Menunggu
detik 12 tengah malam.. Dalam senuah bilik yang kecil.. Terasa sunyi.. Kekadang
terdengar bunyi esakkan kecil.. Siapa yang menangis??
Tanpa
disedari.. esakkan kecil wujud dari diri sendiri.. Ternyata aku yang menangis..
Ternyata aku bersendiri kini.. Tanpa sahabat dan kekasih..
Ika~ Antara
mereka.. Kau pergi dahulu.. Meninggalkan kami di sini.. Yang pasti kau tidak
akan kembali.. Al-Fatihah ku kirim untukmu di sana.. Moga kau tenang di alam
sana..
KamaQ~ Pergi mu
untuk menuntut ilmu.. Mencapai cita-cita.. Membawa pulang segulung ijazah.. Aku
akan tetap menyokong mu di sini..
Dear~ Kau pergi
demi cita-cita.. Merantau ke negeri orang mencari rezeki.. Jangan bimbang.. Aku
di sini tetap menunggu mu..
Kalian
semua.. Aku di sini akan baik-baik sahaja.. Aku takkan bersendirian.. Yang Maha
Kuasa itu tetap ada.. Menemani setiap hambaNya.. Yang tidak pernah lupa
terhadapNya..
p/s : a lot of LOVE for u all…
No comments:
Post a Comment